Ads Top

Ibu Dihina Disamakan Seperti ‘Orang Gaji’, Anna Jobling Luah Rasa Kesal Komen Netizen

Pelakon yang semakin popular, Anna Jobling meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang sanggup menghina dengan menulis komen negatif terhadap paras rupa ibunya sehingga ada yang menyamakan seperti ‘orang gaji’. 

Luah Anna, selama ini ibunya langsung tidak pernah mengganggu sesiapa pun dan mahu semua pihak dapat menghormati perasaan ahli keluarga terutama sekali ibunya.

“Kenapa sampai nak perlu hina ibu orang sampai begitu sekali. Boleh tak hormati keluarga saya? Sekiranya ada masalah, beritahu sahaja saya dan jangan babitkan ahli keluarga.

“Tolong jangan ganggu keluarga saya sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun. Apa yang anda akan rasa kalau seseorang itu kurang ajar dengan keluarga anda pula?” katanya.

Anna berkata demikian ketika ditemui sebaik sahaja selesai pementasan teater Madu Ku Terpaling Kalut di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama, di sini, malam tadi.

Teater Maduku Terpaling Kalut adalah sebuah teater yang berkonsepkan ‘farce comedy’ dengan sentuhan komedi yang diterbitkan oleh Mask Team dan diarahkan oleh Azhar Zainal. 

Selain Anna Jobling, teater itu turut dijayakan Azrel Ismail, Puteri Sarah, Syafiq Naser, Aya Amirudin dan Curly Jow.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perasaan ibunya terhadap penghinaan berkenaan, Anna bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang kuat dan setnapa berfikiran positif.

“Ibu seorang yang sangat kuat dan tak ambil peduli apa orang nak cakap. Ibu hanya memberi fokus penuh kepada saya dan terpulang orang luar nak cakap apa.

“Perasaan sedih itu memang ada apabila ibu dihina sebegitu. Mungkin sebab saya sekarang dikenali ramai, jadi netizen rasa mereka boleh berkata sesuka hati,” luahnya.

Di sebalik penghinaan yang diterima ibunya, Anna tetap bersyukur kerana peminat-peminat sentiasa memberikan sokongan kepada dirinya.

“Peminat-peminat saya terus menyokong dan mereka kenal saya macam mana. Saya bersyukur mendapat sokongan daripada mereka,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Ibu Dihina Disamakan Seperti ‘Orang Gaji’, Anna Jobling Luah Rasa Kesal Komen Netizen appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.