Ads Top

Dapat Markah Terendah, Kumpulan Beduk Gagal Ke Saingan Seterusnya Awesome Raja Lawak

Saingan Awesome Raja Lawak minggu ke-4 menyaksikan Kumpulan Beduk telah tersingkir dan tidak dapat meneruskan perjuangan ke minggu seterusnya.

Dalam saingan yang berlangsung pada Rabu lalu, kumpulan Beduk berada di tangga terakhir dengan hanya berhasil memperoleh markah 55 peratus.

“Kami sudah buat yang terbaik untuk minggu ini, malah sedar kesemua peserta juga telah memberikan persembahan terbaik mereka.

“Perancangan kami selepas ini untuk kembali membuat persembahan pentas dan terus kekal berdua. Kepada peserta yang lain, kami akan terus sentiasa menyokong kamu semua,” ujar Amie Sharin Beduk yang juga salah seorang ahli kumpulan berkenaan.

Dalam saingan yang berlangsung, kumpulan Soda tampil paling unggul dengan menjadi juara mingguan dengan markah sebanyak 87 peratus.

Berada di tangga kedua pula ialah peserta solo, Azhar dengan markah 78 peratus, manakala mengekori rapat di tangga ketiga adalah kumpulan Sedare (75 peratus).

Sementara itu, Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak berkata, pihaknya gembira dengan prestasi dan energi luar biasa para peserta Awesome Raja Lawak untuk minggu keempat yang bangkit dengan penceritaan yang bagus dan relevan dengan perkembangan semasa.

“Rata-rata peserta menunjukkan peningkatan dalam aspek penguasaan teknik bagi menyampaikan lawak dengan berkesan dan teratur. Bukan itu sahaja, idea segar yang dicurahkan juga menarik dan menyerlah.

“Ini terbukti menerusi komen-komen positif yang dilontarkan oleh ketiga-tiga juri tetap (Saiful Apek, Ayda Jebat dan Khir Rahman) di mana rata-ratanya barisan peserta dianggap telah berjaya mempersembahkan sketsa bertaraf ‘final’ dan cukup berkualiti,” ujarnya.

Pertandingan realiti komedi Awesome Raja Lawak disiarkan setiap hari Rabu di saluran Awesome TV (Astro 123) & MyTV (112) pada pukul 9.00 malam selama 10 minggu. – KopiPlanet.com

*Kedudukan Peserta ARL minggu ke-4

  1. Soda 87%
  2. Azhar 78%
  3. Sedare 75%
  4. Sesah 70%
  5. Semmat 69%
  6. Se’eh 67%
  7. Manja 66%
  8. Mabo 63%
  9. Hanif 63%
  10. Pelan 57%
  11. Beduk 55% – Tersingkir

The post Dapat Markah Terendah, Kumpulan Beduk Gagal Ke Saingan Seterusnya Awesome Raja Lawak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.