Ads Top

Hadapi 11 Pertuduhan Termasuk Kes Gangguan Seksual, Perbicaraan Libatkan Ebit Lew Bermula Esok

Perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew melibatkan gangguan seksual akan bermula esok hingga 30 September ini di Mahkamah Majistret Tenom.

Menerusi laporan Bernama, Lew, 37, menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Pendakwah itu dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani akan mendengar kes itu manakala pendakwaan akan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli dan Adibah Saiful Bahari.

Barisan peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye akan mewakili Lew.

Pada Februari lepas, Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin. – KopiPlanet.com

Kredit Artikel: Bernama

The post Hadapi 11 Pertuduhan Termasuk Kes Gangguan Seksual, Perbicaraan Libatkan Ebit Lew Bermula Esok appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.