Ads Top

Dikecam Teruk Ketika Mengacarakan GV9, Danial Zaini Mohon Maaf Kepada Penonton

Menjadi pengganti kepada Nabil Ahmad untuk mengacarakan rancangan Gegar Vaganza 9 (GV9) malam tadi ternyata memberi kesan kepada pelawak Danial Zaini.

Bergandingan dengan Elly Mazlein, ternyata pelawak berkenaan mendapat kecaman yang agak teruk daripada penonton rancangan tersebut.

Menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok miliknya, Danial memohon maaf berhubung situasi berkenaan dan menjelaskan keadaan yang sebenar.

“Pertama sekali tujuan saya buat video ni sebab nak minta maaf kepada peminat dan penonton GV. Memang banyak kekurangan saya minggu ini.

“Ada yang kata saya jatuhkan program… rosakkan program. Saya susun 10 jari minta maaf. Mungkin ada yang tak tahu, mungkin ada yang tahu,” ujarnya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenainya, Danial menyatakan dia sememangya terbabit dengan program GV9, tetapi sebagai pengacara untuk GV9 Live Plus bersama Fiza Frizzy yang ditayangkan di YouTube.

Jelasnya, empat jam sebelum rancangan GV9 bermula, dia telah dihubungi oleh pihak Astro untuk menggantikan Nabil yang mempunyai komitmen lain pada malam tadi.

“Dorang cakap saya kena datang awal untuk gantikan Nabil dalam acara utama. Jadi, saya tak ada pilihan lain, selain kena datang sebab memang dah kena datang kerana dah sign kontrak untuk Live Plus.

“Saya hanya ada empat jam untuk buat semua persiapan, skrip pun tak dapat lagi masa tu. Apa yang anda dilihat itulah dia… saya tak reheasal dan hanya bincang sekejap dengan Kak Lina, itu sahaja,” ujarnya.

Mengakui memang banyak kelemahan yang berlaku, Danial terus memohon maaf dan akan buat yang lebih baik lika terlibat dengan mana-mana program. – KopiPlanet.com

The post Dikecam Teruk Ketika Mengacarakan GV9, Danial Zaini Mohon Maaf Kepada Penonton appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.