Ads Top

Konsert Nyawa Kali Pertama Gandingkan Azlan & The Typewriter Dan Akim & The Majistret Dalam Satu Pentas

Ketika ini semakin ramai penyanyi yang tampil menganjurkan konsert setelah berehat agak lama daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Yang terbaru, Konsert Nyawa yang akan mengandingkan dua penyanyi hebat iaitu Konsert Nyawa menggandingkan Azlan & The Typewriter dengan Akim & The Majistret.

Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 September ini, Azlan berkata, keputusan mementaskan konsert berkenaan dibuat kira-kira dua bulan lalu.

“Penganjur konsert ini iaitu Khatulistiwa Productions mencetuskan idea menggabungkan kami dan ini kali pertama kami digandingkan di pentas.

“Setiap kumpulan bakal mendendangkan lagu hit masing-masing, selain lagu saduran popular seperti daripada kumpulan Pearl Jam dan Nirvana serta tidak ketinggalan lagu patriotik kerana konsert diadakan pada Hari Malaysia,” katanya.

Azlan memberitahu, dia dan kumpulannya akan berlatih berhabis-habisan pada tempoh 10 hari sebelum konsert berlangsung.

“Tidak dinafikan kami perlu berlatih ‘all out’. Cuka agak risau juga tona suara letih. Pada masa sama, saya perlu juga soal pemakanan dan stamina.

“Tambahan pula, uban pun sudah keluar. Kadar metabolisme tubuh tidak seperti dahulu. Apapun, insya-Allah, saya tawakal. Semuanya berlaku dengan izin dan kuasa Allah.

Dalam pada itu. Pengarah Urusan Khatulistiwa Productions, Carl Selvarajah, berkata jenama konsert Nyawa bakal diteruskan pada masa hadapan.

“Ini konsert pertama saya anjurkan dan selepas ini, akan ada lagi Konsert Nyawa membabitkan artis lain pula.

“Istilah nyawa dalam bahasa Inggeris adalah ‘life’. Ini merujuk kepada acara langsung iaitu ‘live’ yang sering digunakan untuk konsert.

Menurutnya, konsert berkenaan cukup istimewa 

kerana konsert ini bersifat amal. Bagi setiap tiket dijual, RM1 akan diagihkan kepada badan amal atau kebajikan terpilih,” katanya.

Tiket menonton Konsert Nyawa Akim & The Majistret And Azlan & The Typewriter berharga antara RM150 hingga RM280 boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.com/nyawa.

The post Konsert Nyawa Kali Pertama Gandingkan Azlan & The Typewriter Dan Akim & The Majistret Dalam Satu Pentas appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.