Ads Top

“Ejen-Ejen Dajjal Semakin Rancak…” – PU Syed Mahu Agar Konsert Blackpink Di Malaysia Dibatalkan

Setelah meluahkan hasrat agar konsert Billie Eilish Happier Than Ever dibatalkan, penceramah bebas PU Syed mahu agar konsert artis K-Pop terkenal Blackpink yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun hadapan dibatalkan.

Dalam satu posting di Instagram, penceramah berkenaan membantah kehadiran artis Kpop berkenaan dan akan membuat himpunan sekiranya kemasukan mereka diteruskan.

“Dalam jadual mereka selepas Saudi kumpulan KPop Black Pink ni akan datag ke Malaysia.. Ejen-ejen Dajjal sudah semakin rancak menyelinap masuk dlm negara-negara Islam..

“Kerajaan Wajib Halang Kumpulan ini dari jejak kaki mereka ke Bumi Malaysia atau kami akan usahakan utk buat himpunan dlm membantah kehadiran mereka ini!!,” luahnya.

Menerusi luahan yang dibuat dalam posting itu lagi, dia menyarankan agar orang bukan Islam di negara ini supaya menonton konsert artis berkenaan di Korea Selatan atau di mana sahaja selain Malaysia.

“Mac 2023 bukan lama lagi…mula dari sekarang gerakan utk halang mereka ini!! Keselamatan akidah dan akhlak umat Islam perlu dijaga..

“Jika orang kafir di Malaysia ini yg “selok” sgt nak berhibur..silakan pergi ke Korea atau ke mana shj, tapi jangan di Malaysia!!” tulisnya.

Mengikut jadual, kumpulan Blackpink yang akan mengadakan siri jelajah di seluruh dunia mulai Oktober ini akan mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada 4 Mac 2022. – KopiPlanet.com

The post “Ejen-Ejen Dajjal Semakin Rancak…” – PU Syed Mahu Agar Konsert Blackpink Di Malaysia Dibatalkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.