Ads Top

Adi Putra Sedia Pertimbangkan Jika Ditawarkan Berlakon Mat Kilau 2, Akui Masih Terkilan Dengan Penerbit

Pelakon popular, Datuk Adi Putra sedia mempertimbangkan sekiranya ditawarkan untuk membintangi sambungan filem Mat Kilau.

Adi Putra berkata, isu yang berbangkit sebelum ini harus dijadikan pengajaran bahawa komunikasi itu amat penting.

“Kalau ditawarkan berlakon Mat Kilau 2, saya akan pertimbangkan dan ingin saya tekankan komunikasi sangat penting, komunikasi akan pergi kepada diskusi.

“Setiap yang berlaku pasti ada pengajaran dan hikmah. Jadikannya sebagai satu iktibar pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pra tonton dan sidang media filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa yang berlangsung hari ini

Sebelum ini, Adi Putra meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Studio Kembara yang juga penerbit filem Mat Kilau kerana tidak menjawab panggilannya sehingga membuat posting di Instagram.

Dalam pada itu, Adi Putra mengakui sehingga kini dia agak terkilan dengan apa yang berlaku sehingga tidak menjawab 11 panggilan telefon yang dibuat pihak penerbit kepadanya.

Ujarnya, dia telah menghubungi penerbit selama dua minggu, namun tidak berjawab sehingga dia bertindak memuat naik posting berkenaan.

“Saya kekal dengan prinsip tidak pergi ke Jakarta untuk menghadiri acara Malam Gala pada 26 Ogos ini, kecuali kalau mendapat jemputan daripada pihak pengedar di sana (Jakarta).

“Apapun saya berlapang dada dan bersikap profesional, saya mendoakan supaya acara di Jakarta nanti mendapat perhatian yang besar,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Adi Putra Sedia Pertimbangkan Jika Ditawarkan Berlakon Mat Kilau 2, Akui Masih Terkilan Dengan Penerbit appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.