Pakai Rantai Salib, Status Agama Anak Lelaki Shah Rukh Khan Jadi Tanya Tanya
Penampilan anak lelaki Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan ke parti hari jadi pengarah popular Karan Johar baru-baru ini menjadi perhatian ramai.
Ia berikutan penampilan Aryan ke parti berkenaan yang dengan gaya smart casual, namun memakai rantai berbentuk salib.
Sehubungan itu, ramai yang mempersoalkan mengenai agama yang dianuti oleh anak aktor Bollywood popular itu gara-gara penampilan tersebut.
Ada segelintir yang menyatakan sama ada apakah pegangan agama Aryan sekarang ini memandangkan sebelum ini dia dikatakan beragama Islam mengikut anutan ayahnya.
Malah, ibunya sendiri iaitu Gauri pernah memaklumkan kepada umum bahawa anaknya mengikut anutan suaminya itu yang merupakan seorang muslim.
Umum juga sudah mengetahui sehingga kini isteri kepada Shah Rukh Khan beragama Hindu.
Sebelum ini, Aryan pernah mencipta kontroversi apabila ditahan atas pertuduhan memiliki dadah, namun dibebaskan setelah kesnya tidak kukuh selain gagal menemui dadah pada dirinya. – KopiPlanet.com
The post Pakai Rantai Salib, Status Agama Anak Lelaki Shah Rukh Khan Jadi Tanya Tanya appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: