Ads Top

Neelofa Mahu Menetap Di Negara Arab, Mesir Atau Madinah Jadi Pilihan

Usahawan dan pengacara popular, Neelofa menyatakan bahawa dia akan menetap di negara Arab apabila suaminya, PU Riz ingin menyambung pelajaran di sana.

Neelofa berkata, selain suaminya yang ingin menyambung pelajaran, dia juga mahu mendedahkan anak mereka, Muhammad Bilal dengan persekitaran hidup di sana serta mengambil peluang untuk belajar bahasa Arab.

“Kami sekeluarga ada impian untuk menetap di negara Arab, sama ada Madinah atau Mesir untuk suami menyambung pelajarannya.

“Selain itu, kami juga mahu mendedahkan anak kepada persekitaran kehidupan serta mahu mengambil peluang untuk mempelajari bahasa Arab,” ujarnya.

Neelofa berkata demikian ketika muncul dalam rancangan Nona yang disiarkan hari ini sempena ulang tahun TV3 yang yang ke-37.

Bagaimanapun, Neelofa yang juga bekas pengacara Nona memaklumkan bahawa dia hanya keluarga hanya akan menetap sama ada sekitar satu atau dua tahun sahaja.

Dalam pada itu, mengenai impiannya yang kini masih belum tercapai, Neelofa mengatakan dia mahu mendalami al-Quran.

“Impian saya juga adalah mahu mendalami al-Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana sewaktu membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mendalaminya.

“Kalau boleh mahu turunkan ilmu yang dipelajari itu supaya ia dapat dijadikan saham akhirat kelak,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Neelofa Mahu Menetap Di Negara Arab, Mesir Atau Madinah Jadi Pilihan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.