Ads Top

Nikki Palikat Akui Sudah Bercerai Dengan Audi Mok, Berpisah Sewaktu Pandemik

Penyanyi popular, Nikki Palikat akhirnya mengakui bahawa dia sudah pun bercerai dengan komposer terkenal Audi Mok.

Perkara perkenaan telah didedahkan sendiri oleh penyanyi berkenalan menerusi kenyataan yang dibuat menerusi rancangan Melodi hari ini.

“Sebenarnya ya saya dah bercerai. Penceraian ini berlaku ketika pandemik. Pada waktu tu, kami sedar yang lebih baik kami hanya sekadar berkawan.

“Hubungan kami lebih baik berbanding ketika berkahwin. Bukan saya nak menyorokkan apa-apa. Saya cuma perlukan masa untuk menerima satu perkara yang menyakitkan,” ujarnya.

Pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. – KopiPlanet.com

Dalam pada itu, Nikki menafikan bahawa punca perpisahan antara dia dan bekas suami bukanlah disebabkan orang ketiga.

“Sejak dahulu lagi kitaorang sedar yang kami tidak serasi. Kami sebagai kawan sangat bagus. Itu yang kitaorang rasa macam maybe kita bercerai dan hubungan akan lebih baik.

“Waktu depresi dulu saya rasa seperti gagal dalam semua segi. Saya cuba untuk perbaiki hubungan, tak nak dilihat sebagai seorang yang gagal, berputus asa.

“Bagaimanapun saya ingat pesan bekas suami, kami gagal sebagai pasangan suami isteri, tetapi sebagai sebuah keluarga kami berjaya,” ujarnya.- KopiPlanet.com

The post Nikki Palikat Akui Sudah Bercerai Dengan Audi Mok, Berpisah Sewaktu Pandemik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.