Konsert Sulung A Night With Aina Abdul 2.0 Berlangsung Sukses, Sokongan Peminat Beri Kekuatan
Konsert sulung penyanyi Aina Abdul, A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) yang berlangsung selama dua hari dan melabuhkan tirainya semalam di Istana Budaya ternyata sukses.
Malah, boleh dikatakan kedua-dua hari berkenaan Panggung Sari dilihat full house, meskpiun pernah berhadapan dengan isu harga tiket.
Mempersembahkan sebanyak 26 lagu termasuk medley, ternyata Aina ‘mengotakan’ janjinya untuk memberi persembahan yang terbaik.
“Saya bersyukur kerana konsert ini telah berlangsung dengan jayanya, meskipun berhadapan dengan sedikit tekanan menjelang hari konsert.
“Namun, sokongan orang sekeliling terutama sekali peminat ternyata memberi kekuatan kepada saya untuk saya memberikan aksi terbaik menerusi 26 buah lagu yang dinyanyikan,” ujarnya.
Penyanyi berkenaan berkata demikian pada Sidang Media Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 selepas selesai membuat persembahan.
Selain tampil dengan persembahan yang bertenaga, Aina yang dikenali menerusi fesyen yang menjadi perhatian ramai turut tampil dengan penampilan yang unik.
Antaranya, persalinan pertama Aina iaitu dress hitam yang diperbuat daripada rambut rekaan Melinda Looi yang da ceritanya yang tersendiri.
“Outfit pertama itu boleh dikatakan sebagai ‘alter-ego of Aina Abdul. Ia dihasilkan menerusi perbincangan dengan penata gaya, Abu Shaef Hamza.
“Tak dinafikan ia agak berat untuk dipakai, tetapi selesa dan kukuh. Idea untuk menggunakan material rambut datang daripada hasil perbincangan saya bersama Abu. Ketika itu konsert ini belum lagi terjadi mahupun dibincangkan,” jelasnya.
Selain memakai persalinan Melinda Looi, Aina turut tampil dengan beberapa persalinan hasil rekaan pereka lain termasuk Rizman Ruzaini. – KopiPlanet.com
The post Konsert Sulung A Night With Aina Abdul 2.0 Berlangsung Sukses, Sokongan Peminat Beri Kekuatan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: