“Jangan Lupa Tanggungjawab Pada Anak-Anak” – Puteri Sarah Kongsi Pendedahan Netizen Tentang Syamsul Yusof & Ira Kaza Sudah Bertunang
Kisah antara pengarah Syamsul Yusof & Ira Kaza dilihat masih belum ada kesudahan apabila dikatakan sudah bertunang.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana yang memuat naik satu screenshoot di IG Story miliknya.
“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah.
“Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” tulisnya ringkas.
Sebelum ini, sudah tersebar cerita mengenai pengarah filem Mat Kilau itu yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, menerusi rancangan Melodi pada Ahad lalu, Syamsul menafikan segala dakwaan tersebut menerusi kenyataannya yang dibacakan oleh hos Melodi, Nabila Huda. – KopiPlanet.com
The post “Jangan Lupa Tanggungjawab Pada Anak-Anak” – Puteri Sarah Kongsi Pendedahan Netizen Tentang Syamsul Yusof & Ira Kaza Sudah Bertunang appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: