Ads Top

Insiden Bekas Suami Ditahan Reman Kes Pukul Penghuni Kondominium, Noor Nabila Pertahankan Sharnaaz Ahmad

Bekas isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila mempertahankan pelakon itu yang ditahan reman atas dakwaan memukul penghuni sebuah kondominium baru-baru ini.

Noor Nabila berkata, sewaktu kes berkenaan tersebar, dia ada bertanya sendiri kepada Sharnaaz tentang apa yang telah berlaku.

“Sudah pasti saya terkejut dan terus bertanya kepada Sharnaaz mengenainya. Dia ada bercerita mengenainya dan saya tidak boleh mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan polis.

“Pada saya, apapun saya tetap pertahankannya kerana dia adalah bapa kepada Jebat Jayden. Lagipun hubungan kami masih baik demi anak,” ujarnya.

Noor Nabila berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran kolaborasi Naelofar x Disney Alice in Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai video Sharnaaz memeluk anak mereka sebaik dibebaskan yang dimuat naik di Instagram pelakon itu, Noor Nabila mengakui pelakon itu mengalirkan air mata.

“Memang Sharnaaz ada hantar video dia bertemu Jayden selepas dibebaskan. Dia telah menitiskan air mata sewaktu Jayden memeluknya.

“Saya ada pesan pada Sharnaaz agar terus pandang ke hadapan. Tidak dinafikan dia seorang lelaki yang tegas dan bertanggungjawab, malah seorang bapa yang sangat penyayang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Insiden Bekas Suami Ditahan Reman Kes Pukul Penghuni Kondominium, Noor Nabila Pertahankan Sharnaaz Ahmad appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.