Ads Top

Teruk Terima Kecaman Netizen, TV AlHijrah Tangguh Tayangan Progam Trending Babitkan ‘Kak Long 7E’ Jadi Tetamu Undangan

Setelah menerima kecaman hebat daripada netizen, TV AlHijrah mengambil keputusan untuk menangguhkan tayangan Program Trending yang membabitkan Kak Long 7E menjadi tetamu undangan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak stesen TV berkenaan menjelaskan Program Trending merupakan sebuah rancangan perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang viral di media sosial.

“Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada Kak Long 7E agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya media sosial.

“TV AlHijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long 7E menjadi sebutan apabila bergaduh dengan seorang pekerja 7 Eleven apabila anaknya dituduh mencuri.

Selain itu, wanita tersebut turut dikecam apabila videonya mengamuk ketika menikmati makanan di sebuah rangkaian makanan segera telah viral. – KopiPlanet.com

The post Teruk Terima Kecaman Netizen, TV AlHijrah Tangguh Tayangan Progam Trending Babitkan ‘Kak Long 7E’ Jadi Tetamu Undangan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.