Ads Top

Selamba Angkat Periuk Api, Lelaki Ukraine Ini Jadi Perhatian Dunia

Berani mati. Itu gambaran yang paling sesuai diberikan kepada seorang lelaki Ukraine yang dengan beraninya mengalihkan periuk api dengan tangan.

Dengan gaya yang paling santai, dia mengangkat periuk api anti kereta kebal sambil menghisap rokok seperti yang dilaporkan oleh Agensi.

Ketika pencerobohan tentera Rusia terus menggegar Ukraine, lelaki yang tidak didedahkan namanya itu dirakam mempertaruhkan nyawanya ketika mengalihkan bahan letupan berkenaan.

Dipercayai, kejadian berlaku di bandar Berdyansk yang turut disaksikan oleh orang awam sambil melintasi jalan raya dan menjauhi sebuah jambatan berhampiran.

Ketika ini, keadaan di Ukraine huru-hara setelah diserang tentera Rusia sejak beberapa hari yang lalu.

Dalam satu rakaman lain, terdapat sejumlah penduduk berada di tengah jalan di bandar Koryukiva menghalang kereta kenal tentera Rusia.

Mereka berdiri di hadapan kereta kebal tersebut seterusnya menghalang kemaraan tentera Rusia daripada terus menceroboh daerah berkenaan.

Ketika ini pegawai diploma kedua-dua negara dijadualkan bertemu di Belarus untuk berunding. – KopiPlanet.com

The post Selamba Angkat Periuk Api, Lelaki Ukraine Ini Jadi Perhatian Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.