Ads Top

Menteri Sahkan Zul Ariffin Akan Disiasat Di Bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia

Biarpun isu video babak panas babitkan pelakon popular Zul Ariffin sudah berlalu beberapa hari, namun ia terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah menteri.

Yang terbaharu, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi Twitter mengesahkan pelakon berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.

“Proses undang-undang berjalan. Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM kerana ‘posting‘ YouTube yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga menegaskan bahawa adegan lakonan sedemikian sememangnya tidak akan dibenarkan untuk ditayangkan sama ada pada bulan Ramadan atau bulan-bulan lain.

Sebelum ini, pelakon berkenaan mendapat kecaman gara-gara memuat naik video babitkan babak panas bersama pelakon Siti Hariesa, di mana kedua-duanya membintangi drama Perempuan Itu.

Semalam, Zul telah tampil membuat permohonan maaf atas perbuatan memuat naik video tersebut dan akan lebih berhati-hati dan meneliti sebarang kandungan sebelum memuat naik di media sosial. – KopiPlanet.com

The post Menteri Sahkan Zul Ariffin Akan Disiasat Di Bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.