Ads Top

JOLS LUXE FABRICS & Rozita Che Wan Jalinkan Kolaborasi Sempena Hari Wanita Sedunia, Lancarkan 13 Koleksi Tudung

Sebanyak 13 Koleksi Tudung telah dilancarkan sempena Hari Wanita Sedunia oleh JOLS LUXE FABRICS yang merupakan Kilang Percetakan Tudung dan Kain ‘PILIHAN UTAMA FOUNDER’ dengan kolaborasi bersama pelakon popular Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta.

Pengasas JOLS LUXE FABRICS, Johan Lim berkata, dia dan Pengasas Bersama, iaitu Alia @ Seri Hadia memilih Che Ta untuk menjalinkan kolaborasi bersama ROZITA CHE WAN adalah untuk membantu wanita-wanita di Malaysia dalam membangkitkan semangat sehingga mengecap kejayaan yang mampu membuka mata dunia bahawasanya wanita juga mampu menjadi usahawan yang berjaya & berkejaya. 

“Kami memilih ROZITA CHE WAN sebagai ikon dalam koleksi JOLS for RCW ini kerana beliau merupakan seorang wanita berjaya kerana menceburi pelbagai kerjaya. 

“Beliau juga seorang business woman, pelakon dan brand ambasador yang telah melalui pelbagai fasa dalam hidupnya tetapi masih bangkit menjadi seseorang yang luar biasa di mata wanita,” ujarnya.

Kerjasama JOLS LUXE FABRICS Kilang Printing Tudung & Kain bersama ROZITA CHE WAN telah berlangsung pada 8 Mac lalu di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, turut diadakan pertunjukkan fesyen 13 koleksi tudung yang direka khas sempena Hari Wanita Sedunia.

Menurut Pengasas Bersama JOLS LUXE FABRICS, Alia @ Seri Hadia seorang pereka tekstil berkata semua 13 koleksi tudung yang dikeluarkan untuk edisi tersebut direka sendiri dengan merujuk pada personaliti Che Ta dan terdapat gabungan konsep-konsep yang menggambarkan ciri-ciri seorang wanita.

“Semua rekaan dibuat selepas menyelidik karakter Che Ta. Che Ta ini nampak saja macam seorang diva tapi tidak selepas mengenalinya.

“Dia seorang yang menepati masa dan bekerja dengan bersungguh-sungguh, sebab itu dia wajah yang sesuai mewakili jenama kami bagi kempen sambutan Hari Wanita Sedunia hari ni,” katanya.

Jelasnya, menerusi 10 peratus hasil jualan, pihaknya akan salurkan kepada ibu tunggal dan misi mereka sememangnya untuk bantu golongan berkenaan bangun dan teruskan kehidupan dengan lebih baik.

Sementara itu, Johan menyatakan pihak JOLS LUXE FABRICS turut berkongsi rasa teruja pada majlis pelancaran berkenaan dan ia merupakan majlis pelancaran pertama yang melibatkan penjualan tudung secara retail.

“Kami merupakan Kilang Percetakan Tudung dan Kain ‘PILIHAN UTAMA FOUNDER’ yang terletak di Subang Jaya, Selangor dengan memfokuskan kepada percetakan tudung dan kain jenama sendiri buat Founder-Founder Fesyen di Malaysia dan luar negara.

Untuk kerjasama Koleksi Tudung JOLS for ROZITA CHE WAN sempena Hari Wanita Sedunia ini kami mensasarkan jualan sebanyak RM1.3 juta bersamaan dengan 15,000 pcs untuk keseluruhan Koleksi Tudung.

Setiap koleksi harga bermula dari RM69 dan RM89 untuk setiap pcs tudung dimana terdapat dua pilihan fabrik yang digunakan iaitu Adra Satin & Adel Satin Silk kerana kedua-dua fabrik ini amatlah Eksklusif dan salah satu fabrik yang paling laris serta sangat digemari founder fesyen. Selain itu, terdapat juga Cenderahati Percuma pada pembelian 1,000 pcs tudung pertama di laman web rcw.jolsluxe.com

Waktu sasaran jualan pula, disasarkan sehingga Raya 2022 sahaja dan jika pemintaan memberangsangkan akan ada keluaran koleksi kedua dan juga masih dalam perbincangan dimana kami akan mengeluarkan Koleksi Telekung Printed Eksklusif pula pada masa akan datang.

Di samping itu, kami kami juga sedang mencari agen-agen yang ingin dibantu untuk menjadi master stokis untuk Koleksi Tudung Jols for RCW serta yang inginkan pendapatan tambahan lain selain daripada kerja hakiki.

“Selain itu, kehadiran tetamu kehormat iaitu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri DATUK MASTURA TAN SRI DATO’ MOHD YAZID ke majlis ini juga memberikan satu kenangan yang amat berharga kerana beliau juga merupakan ikon wanita yang sangat-sangat di hormati dan disayangi rakyat,” ujarnya.

Seterusnya, JOLS LUXE FABRICS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Pelancaran Koleksi Tudung JOLS for RCW pada hari tersebut.

“Saya berharap agar kejayaan kolaborasi ini berkekalan dan akan melahirkan usahawan-usahawan wanita yang berjaya dan bekerjaya serta berharap agar wanita di luar sana bangkit bersama-sama dalam membangunkan diri menjadi luar biasa dan tidak berada di zon selesa. – KopiPlanet.com

The post JOLS LUXE FABRICS & Rozita Che Wan Jalinkan Kolaborasi Sempena Hari Wanita Sedunia, Lancarkan 13 Koleksi Tudung appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.