Ads Top

Enggan Dituduh Jadi Pembawa Penyakit, Fizi Ali Sedih Tidak Dapat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak Bersama-Sama

Satu perkongsian video yang dimuat naik penyampai radio Suria FM, Fizi Ali di akaun Instagram miliknya ternyata mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsi, ia menunjukkan Fizi hanya mampu membelikan hadiah ulang tahun kelahiran anaknya iaitu Ameena Sofia, namun tidak dapat menyambutnya bersama-sama.

“Selamat hari lahir Ameena sayang… daddy letak video dekat sini supaya kalau nanti daddy dah tak ada, awak ada memori untuk tengok dekat sini..nanti awak dah besar awak akan faham…

“Daddy tak pernah lupakan awak walau sesaat..awak nyawa daddy..maaf tak dapat jumpa awak sebab daddy tak nak lagi dituduh jadi pembawa penyakit dekat awak,” luahnya.

Sebelum ini, Fizi ada memaklumkan bahawa anaknya itu telah disahkan positif Covid-19 sebaik sahaja selepas pulang dari rumahnya dan dihantar ke kediaman bekas isteri, Shakilla Khoriri.

Pada masa sama, dalam video berkenaan juga menunjukkan hadiah yang dibelikan untuk anaknya itu hanya dapat disampaikan kepada pengawal.

“Daddy tak sanggup tengok awak sakit dari jauh..tak dapat jaga awak,tak dapat sentuh awak..maafkan daddy..

“Terima kasih jugak kepada orang2 yang menyumbang untuk bagi hubungan bapak dan anak jauh..semoga korang diberkati..,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan penyampai memberikan pesanan supaya Fizi tidak terus menyalahkan diri sendiri apabila dianggap sebagai punca anaknya dijangkiti virus berkenaan. – KopiPlanet.com

The post Enggan Dituduh Jadi Pembawa Penyakit, Fizi Ali Sedih Tidak Dapat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak Bersama-Sama appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.