Ads Top

Empat Hari Alami Demam Panas & Tiada Selera Makan, To’ki Telah Dikejarkan Ke HKL

Penyanyi popular, To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami demam panas empat hari malam tadi.

Menerusi laporan portal Majoriti, isteri penyanyi berkenaan, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, berkata, suaminya telah dibawa ke HKL dengan menaiki ambulans kira-kira pukul 8.30 malam.

“Sebelum itu suami saya mengalami demam panas sehingga suhu naik lebih 38 darjah celsius. Selain itu, dia juga tiada selera nak makan.

“Kemudian saya terus telefon ambulans dan To’ki terus dibawa ke HKL,” katanya.

Sharifah berkata, sepanjang empat hari juga suaminya cuma mampu terbaring di rumah dan dia juga risau kerana To’ki mengalami sakit keresahan melampau (anxiety).

“Memang To’ki ada anxiety dan itu yang membuatkan saya risau serta disuruh menghantarnya ke hospital kerana takut keadaan menjadi teruk.

“Ujian saringan Covid-19 ke atasnya pun dah dibuat, yang lain saya tunggu apa kata doktor. Harap semua dapat mendoakan yang terbaik untuk kesihatan To’ki,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Portal Majoriti

The post Empat Hari Alami Demam Panas & Tiada Selera Makan, To’ki Telah Dikejarkan Ke HKL appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.