Ads Top

Roslan Shah Tiba-Tiba Pengsan Ketika Bersiaran Secara Langsung Dalam Program Wanita Hari Ini


Pengacara dan penyanyi Roslan Shah tiba-tiba pengsan ketika bersiaran langsung dalam sebuah program bual bicara tengah hari tadi.

Menerusi Instagram TV3, pengacara tersebut sudah dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan baik.

“Kepada semua peminat Roslan Shah, jangan bimbang dengan insiden yang berlaku dalam slot Wanita Hari Ini. 

“Pihak kami telah memanggil ambulans dan beliau telah dibawa ke hospital. Setelah semuanya selesai, doktor mengesahkan bahawa beliau berada dalam situasi yang baik. Alhamdulillah,” ujar kenyataan berkenaan.

Roslan menjadi tetamu untuk program Wanita Hari Ini (WHI) yang membicarakan topik Si Mulut Tempayan. – KopiPlanet.com

The post Roslan Shah Tiba-Tiba Pengsan Ketika Bersiaran Secara Langsung Dalam Program Wanita Hari Ini appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.