Ads Top

“Panggil Saya Heliza Atau Kak Ja” – Heliza Helmi Tak Kisah Namanya Dipanggil Tanpa Gelaran

Mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang bergelar Datuk Seri, secara automatiknya isteri akan mendapat gelaran Datin Seri.

Bagaimanapun, penyanyi dan aktivitis kemanusiaan popular, Datin Seri Heliza Helmi tidak kisah jika ada yang memanggil namanya tanpa gelaran.

“Selepas berkahwin memang ada yang memanggil saya Datin Seri, tetapi lepas tu saya pesan pada orang tu lebih selesa kalau panggil saya Heliza atau Kak Ja.

“Lagipun Heliza yang dulu dan sekarang tetap sama sahaja. Kadang-kadang kalau pergi program motivasi bersama pelajar, panggil Kak Ja tu rasa lebih mesra,” ujarnya.

Heliza berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis pelancaran filem Road To Heaven In Palestin yang berlangsung petang tadi.

Sebelum ini, Heliza yang juga bintang Akademi Fantasia mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari lalu.

Ditanya mengenai perkembangan terbaharunya, Heliza berkata dia akan terlibat dengan penerbitan sebuah filem yang berkisar tentang sukarelawan yang terlibat dengan misi kemanusiaan di Palestin.

Ujarnya, dalam filem berkenaan dia akan turut berlakon di samping adiknya, Hazwani dengan masing-masing membawakan watak sebagai Syakilla dan Safieya.

“Sudah tentu saya sangat berdebar untuk berlakon dalam filem ini. Cuma saya harapkan doa daripada semua pihak akan ia akan berjalan dengan lancar,” jelasnya.

Heliza berkata, dia bersama adiknya akan menjalani penggambaran di Gaza, Palestin pada bulan Jun ini. – KopiPlanet.com

The post “Panggil Saya Heliza Atau Kak Ja” – Heliza Helmi Tak Kisah Namanya Dipanggil Tanpa Gelaran appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.