Ads Top

AJL36 Bakal Berlangsung Pada 6 Mac, Tampilkan 12 Lagu Rebut Gelaran Juara

Teka-teki mengenai penganjuran Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) akhirnya terjawab apabila ia akan berlangsung pada 6 Mac ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, AJL 36 akan bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam. 

Bagi menyemarakkan lagi AJL 36, iklan penjenamaan (brand ad) AJL 36 yang berkonsepkan spektrum warna yang melambangkan tenaga muzik yang sama turut dilancarkan secara rasmi pada hari ini di TV3 dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia Official.

Rentak AJL 36 menyatukan kesemua finalis AJL 36 yang mengetengahkan genre muzik yang berbeza juga memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19.

Ia juga menggambarkan aura generasi terkini yang sentiasa berani mencuba sesuatu yang baharu. Selain itu, penggunaan elemen “glitch” dalam iklan ini juga menjurus kepada era digitalisasi dan moden.

Dalam keterujaan untuk meraikan lagu-lagu terbaik tahun 2021, pihak TV3 dan produksi akur dengan situasi semasa negara yang masih diancam dengan penularan virus Covid – 19.

Selepas penganjuran dalam norma baharu di edisi tahun lepas, pihak TV3 dan produksi akan memperinci prosedur operasi standard yang harus dipatuhi supaya acara ini dapat dianjurkan dengan terancang, sempurna dan memastikan aspek keselamatan warga kerja terjaga. – KopiPlanet.com

The post AJL36 Bakal Berlangsung Pada 6 Mac, Tampilkan 12 Lagu Rebut Gelaran Juara appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.