Ads Top

Dilihat Rapat Dengan Abang Ummi Nazeera, Daiyan Trisha Nafi Ada Hubungan Istimewa Antara Dirinya & Nazreem Musa

Pelakon dan penyanyi popular, Daiya Trisha menafikan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan abang kepada Ummi Nazeera iaitu Nazreem Musa.

Daiyan berkata, dia tidak menafikan memang akrab dengan Nazreen, tetapi hubungan mereka lebih kepada bersahabat baik.

“Rasanya orang ingat kami bercinta sebab melihat saya dan Nazreem sangat rapat, tetapi saya boleh katakan dia adalah bestfriend saya.

“Hubungan kami mula rapat sejak dua tahun lalu dan memang selesa berkawan dengannya. Malah, tiada sebarang hubungan istimewa pun antara kami,” jelasnya.

Daiyan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran telemovie Rompak yang berlangsung di Finch @ KL semalam.

Sebelum ini, hubungan antara Daiyan dan Nazreem mula diperkatakan ramai apabila masing-masing sering memuat naik gambar bersama-sama di media sosial.

Dalam pada itu, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Busker itu mengakui masih belum mempunyai kekasih kerana mahu fokus kepada kerjaya seninya.

“Buat masa ini saya memang tiada kekasih dan fokus utama adalah kepada karier sahaja. Lagipun tidak lama lagi saya akan muncul dengan single baharu selepas Penat.

“Apa yang boleh saya katakan, lagu baharu itu nanti sememangnya adalah kesinambungan kepada lagu Penat dan mempunyai vibe yang sama seperti sebelumnya,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Dilihat Rapat Dengan Abang Ummi Nazeera, Daiyan Trisha Nafi Ada Hubungan Istimewa Antara Dirinya & Nazreem Musa appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.