Ads Top

Upiak Isil Akhirnya Tersingkir Dalam Saingan GV8… Markah Hanya Berbeza 0.1 Peratus Berbanding Bandi Amuk

Peserta dari Indonesia, Upiak Isil akhirnya tersingkir daripada saingan Gegar Vaganza (GV8) setelah berada di kedudukan terakhir pada konsert minggu ke-6.

Mempersembahkan lagu Sembunyi yang berduet bersama Usop, ternyata Upiak sekadar memperoleh markah sebanyak 56.30 peratus.

Seorang lagi peserta iaitu Bandi Amuk pula terselamat apabila berada di kedudukan kedua terbawah dengan marca sebanyak 56.40 peratus menerusi persembahan lagu Separuh Nafas (duet bersama Ewal).

Sementara itu, juara mingguan untuk minggu ke-6 pula menjadi milik Suki Low yang mempersembahkan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang bersama Khai Bahar (83.70 peratus).

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pula terus konsisten apabila berada di tangga kedua (76.20 peratus) manakala Adibah Noor pula di kedudukan ketiga (71.90 peratus)

Saingan GV8 menampilkan 100 peratus markah juri, di mana Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat bertindak selaku juri tetap, manakala Jennifer Thompson pula menjadi juri jemputan. – KopiPlanet.com

*Ada Lagu Ada Lagi (Kelentang Kelentung – Minggu Ke-7)

1. Mara Bahaya – Suki Low (83.70 peratus)

2. Pesan Cinta – Aliff Aziz (76.20 peratus)

3. Berdiri Bulu Romaku – Adibah Noor (71.90 peratus)

4. Noktah Cinta – Aweera (68.90 peratus)

5. Selamat Tinggal Pujaan – Shidee (64.00 peratus)

6. Rindu – Nikki Palikat (62.50 peratus)

7. Jikalau Abang Merindu – Ani Mayuni (61.80 peratus)

8. Pelita – Azan Scan (61.20 peratus)

9. Peronda Jaket Biru – SA.YA (60.90 peratus)

10. I Want To Break Free – Bandi Amuk (56.40 peratus)

11. TERSINGKIR – Upiak Isil (56.30 peratus)

The post Upiak Isil Akhirnya Tersingkir Dalam Saingan GV8… Markah Hanya Berbeza 0.1 Peratus Berbanding Bandi Amuk appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.