Ads Top

“Kami Berdua Agree Yang Kami Akan Memulakan Perjalanan Baru Secara Berasingan…” – Yasmin Hani & Shahrin Ambil Keputusan Bercerai

Desas-desus mengenai spekulasi hubungan antara Yasmin Hani dan Shahrin terjawab apabila pasangan tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai.

Dalam satu posting yang dikongsi oleh Yasmin Hani, dia dan Shahrin telah bersetuju untuk hidup berasingan dan sepakat membesarkan kedua-dua anak mereka.

“Sha’arin dan Hani dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama. Kami berdua agree yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi,” jelasnya.

Pada masa sama, pelakon dan pengacara itu berharap agar semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan yang telah dibuat demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak mereka.

“We want to say thank you in advance for your kind thoughts and doas. Even though we choose to consciously separate, we will always be a loving family, and in some ways we are now closer than ever.

“We still share a bond because of Noah and Eissa, we are parents first and foremost and we kindly ask for our space and privacy to be respected. Lets keep the vibe positive,” ujarnya. –

Yasmin dan bekas pemain dram kumpulan Blackrose itu mendirikan rumah tangga pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5. – KopiPlanet.com

*Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

The post “Kami Berdua Agree Yang Kami Akan Memulakan Perjalanan Baru Secara Berasingan…” – Yasmin Hani & Shahrin Ambil Keputusan Bercerai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.