Intan Ladyana Yang Kini Hamil Cahaya Mata Sulung & Suami Dikejarkan Ke Hospital Setelah Positif Covid-19
Pelakon popular Intan Ladyana yang kini sedang hamil cahaya mata sulung telah dikejarkan ke hospital malam tadi setelah positif Covid-19.
Perkara tersebut telah dimakeumkan menerusi satu perkongsian di Instagram Melodi berserta video pelakon itu berada di dalam ambulans.
“Pelakon @intanladyanaterpaksa dikejarkan ke Hospital Sg Buloh setelah disahkan positif COVID-19 dan beliau kini dikhabarkan hamil anak pertama.
“Suaminya juga @harrisalif disahkan positif COVID-19. Sama-sama kita doakan kesihatan Intan dan suami pulih seperti biasa,” ujar kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut menitipkan doa buat pasangan berkenaan, terutama sekali kepada Intan yang sedang berbadan dua. – KopiPlanet.com

The post Intan Ladyana Yang Kini Hamil Cahaya Mata Sulung & Suami Dikejarkan Ke Hospital Setelah Positif Covid-19 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: