Ads Top

Yana Samsudin Dedah Pernah Tolak Lamaran Fadzil Zahari, Ayah Pesan Perlu Ada RM200,000 Dalam Bank Jika Ingin Berkahwin

Pelakon popular, Yana Samsudin mendedahkan dia pernah menolak lamaran suaminya, Fadzil Zahari untuk mendirikan rumah tangga.

Yana berkata, hal yang demikian kerana mengikut pesan ayahnya yang mahu dia menyimpan duit terlebih dahulu, malah pernah memakai kereta kelisa sahaja ketika namanya berada di puncak populariti.

Dahalu ayah pernah berpesan kalau saya nak kahwin, saya kena ada RM200,000 dalam bank. Sebab itu saya pakai kereta Kelisa sampai ada rakan artis yang tegur.

“Sedangkan punca sebenarnya saya mahu simpan duit dan beri keutamaan untuk belanja keluarga dahulu. Malah saya bangga ketika di umur 30 tahun, saya sudah belikan rumah lima bilik dan empat bilik air untuk keluarga.

Yana berkongsi kisah tersebut ketika sesi Instagram Live bersama penggiat seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) baru-baru ini.

Sesi itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember ini di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Menurut Yana, disebabkan ingin memngumpul wang terlebih dahulu, dia juga pernah menolak lamaran suaminya, Fadzil yang ketika itu hadir merisiknya dan mahu mengambilnya sebagai isteri.

“Masa itu saya fikir nak berikan keselesaan dan bantu keluarga terlebih dahulu. Tetapi selepas semuanya selesai, barulah saya sedia untuk memikirkan perkara seterusnya dalam kehidupan,” katanya.

Biarpun lama ran pernah ditolak, akhirnya Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan kini dikurniakan dua orang anak. – KopiPlanet.com

The post Yana Samsudin Dedah Pernah Tolak Lamaran Fadzil Zahari, Ayah Pesan Perlu Ada RM200,000 Dalam Bank Jika Ingin Berkahwin appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.