Ads Top

“Siapa Yang Tak Nak Kahwin…” – Zara Zya Akan Umum Sekiranya Sudah Tiba Masa Untuk Mendirikan Rumah Tangga

Pelakon popular, Zara Zya menyatakan dia akan sedia mengumumkan sekiranya sudah tiba masanya untuk berumah tangga dan tidak akan menyembunyikannya daripada peminat.

Zara yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-36 pada bulan lalu berkata, ketika ini dia memang sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri.

“Siapa yang tak nak kahwin… memang saya sudah bersedia ke arah itu (berkahwin). Cuma kalau dah memang betul-betul confirm baru saya akan umumkan.

“Lagipun semua orang dah tahu tentang apa yang berlaku sebelum ni dan saya tidak mahu benda yang sama terjadi. Saya hanya boleh katakan doakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya.

Zara berkata demikian ketika sesi sidang media secata virtual bersama barisan pelakon drama bersiri Mr. Bibik yang berlangsung pada minggu lalu.

Sebelum ini, pelakon berkenaan pernah bertunang dengan Hafreez Adam pada Oktober 2019, tetapi hubungan mereka hanya bertahan selama sebulan.

Dalam pada itu, mengenai perkembangan kerjayanya pula, Zara menyatakan dia bergandingan dengan Saharul Rizdwan menerusi drama Mr. Bibik.

Ujarnya, kemunculannya dalam drama tersebut menjawab persoalan peminat yang sering bertanya sama ada dia masih lagi berlakon atau sebaliknya.

“Kalau diikutkan memang dah lama tak berlakon dan banyak drama lakonan saya ada yang disiarkan pun adalah siaran ulangan. Itu yang buatkan ramai tertanya-tanya tentang karier saya,” ujarnya.

Drama bersiri yang diadaptasi daripada novel karya Aein Dhiyauddin itu mengisi slot Akasia bermula 29 Oktober lalu.

Drama arahan Pali Yahya itu turut menampilkan pelakon Saharul Ridzwan, Raja Afiq, Liza Abdullah, Syazuwan Hassan, Dayang Areeda, Balkisyh Semundur Khan dan Wanns Ahmad. – KopiPlanet.com

The post “Siapa Yang Tak Nak Kahwin…” – Zara Zya Akan Umum Sekiranya Sudah Tiba Masa Untuk Mendirikan Rumah Tangga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.