“Shima Tak Pernah Kacau Orang Lain” – Baby Shima Luah Rasa Hairan Masih Ada Yang Membenci Dirinya
Penyanyi popular Baby Shima meluahkan rasa hairannya apabila masih ada segelintir yang membenci dirinya, meskipun tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain.
Perkara berkenaan telah diluahkan sendiri oleh penyanyi yang turut dikenali di Indonesia itu menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.
“Kadang terfikir juga kenapa ramai benci Shima…
“Sedangkan Shima tak pernah kacau orang lain, rumah tangga orang, keluarga orang, minta duit mak ayah korang, tak pernah…” luahnya.
Menurut Baby Shima, dia sendiri sudah tidak kuat untuk melalui apa yang dihadapinya sekarang ini.
“Terus terang Shima cakap Shima dan tak kuat dengan apa yang Shima lalui sekarang. Boleh tak korang rasakan apa yang Shima rasa?” ujarnya.
Sebelum ini, penyanyi berkenaan beberapa kali pernah dikecam netizen, termasuklah baru-baru ini mengenai tatu yang terdapat di dadanya.
Malah, beberapa bulan yang lalu juga Baby Shima mendapat kecaman hebat apabila dituduh menghina golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sehingga menangis ketika membuat permohonan maaf. – KopiPlanet.com
The post “Shima Tak Pernah Kacau Orang Lain” – Baby Shima Luah Rasa Hairan Masih Ada Yang Membenci Dirinya appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: