Ads Top

Semakin Ramai Rappers Baharu Yang Muncul, Killa Driz Terus Usaha Tampilkan Kelaianan Untuk Kekal Relevan Dalam Industri Muzik

Hampir setahun bergerak secara rasmi ke dunia hiburan mainstream, nama Killa Driz mungkin masih baharu bagi sebilangan besar peminat. Namun untuk underground scene, lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan baik dan sudah mengumpul peminat tersendiri.

Meskipun sudah ‘berhijrah’, dia gembira apabila masih mengekalkan bunyi underground seperti mana yang sudah diperjuangkan sejak berusia 15 tahun lagi.

“Dahulu memang ada yang mengatakan pemain underground scene yang mahu ke mainstream perlu menukar bunyi untuk diterima. Bagi saya perkara berkenaan mungkin benar atau mungkin juga tidak, bergantung kepada rezeki.

“Pendengar boleh sahaja menerima apa sahaja muzik asalkan mereka suka dan lagu tersebut kena dengan mereka. Dunia sudah berubah dan orang boleh menerimanya,” kata remaja yang berusia 22 tahun.

Meskipun ramai rakan-rakan seangkatan dengannya masih mahu kekal dalam underground scene, dia menanggap perkara tersebut adalah satu kebiasaan memandangkan masing-masing mempunyai strategi untuk kekal relevan dalam memasarkan muzik mereka.

Sejak melancarkan lagu Siapa Tahu bulan Mac yang lalu, Killa Driz menganggap perjalanan yang dilaluinya penuh warna warni. Transisi perubahan sedang dilalui olehnya dengan penuh keterujaan.

“Untuk diterima ramai bukan satu perkara yang mudah memadangkan saya perlu dilihat berbeza, perlu ada kelainan untuk diterima ramai sementelah industri muzik kita kecil.

“Tidak dinafikan banyak saingan daripada rappers baharu yang muncul, jadi saya perlu cari kelainan. Apa yang paling penting attitude perlu dijaga memandangkan tidak semua orang menerima kita kerana produk sahaja.

“Ada orang melihat peribadi juga. Daripada peribadi barulah mereka mengenal lagu dan sebagainya,” katanya yang sudah menghasilkan lagu Siapa Tahu, Sedar Ku, Kena Sidai dan Berserah.

Bercerita mengenai perkembangan terbarunya pula, Killa Driz gembira apabila lagu Berserah gandingan bersama Sabbala, A-Kid dan LastKhalif menjadi runut bunyi untuk drama Tikam yang mula ditayangkan malam ini.

Drama yang menggandingkan Fahrin Ahmad, Ben Amir, Intan Najuwa, Micheal Ang akan disiarkan pukul 9.30 malam di Astro Ria.

The post Semakin Ramai Rappers Baharu Yang Muncul, Killa Driz Terus Usaha Tampilkan Kelaianan Untuk Kekal Relevan Dalam Industri Muzik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.