Ads Top

Kes Langgar SOP PKPB, Neelofa & PU Riz Dilepas Tanpa Dibebas

Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Mei lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh mengeluarkan perintah itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara telah mempertimbangkan representasi yang dikemukakan oleh Noor Neelofa dan suami berhubung pertuduhan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Dis ini bagi perintah dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada pertuduhan itu.

“Dimaklumkan bahawa representasi tersebut telah dipertimbangkan oleh Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) dan  saya memohon supaya kedua-dua kes ini di DNAA terlebih dahulu bagi membolehkan tindakan lain diambil terhadap kedua-dua OKS (orang kena saman),” kata Nor Azizah.

Pada 21 Oktober lalu, Noor Neelofa dan Muhammad Haris telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara, memohon pertuduhan terhadap mereka berkaitan pelanggaran SOP PKPB tersebut ditarik balik. – KopiPlanet.com

The post Kes Langgar SOP PKPB, Neelofa & PU Riz Dilepas Tanpa Dibebas appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.