Genap 100 Hari Pemergian Siti Sarah, Shuib Akui Menangis Setiap Kali Terkenangkan Arwah Isterinya
Pelawak dan usahawan popular, Shuib mengakui akan menangis setiap kali dia terkenangkan arwah isterinya, penyanyi Allahyarham Siti Sarah.
Shuib yang kehilangan isteri tercinta pada 9 Ogos lalu berkata, selain menangis mengenangkan arwah Siti Sarah, emosinya juga sering terganggu.
“Hari ini (semalam) genap 100 hari pemergian isteri, anak-anak kelihatan okay. Cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu, malah perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ sehinggakan saya mudah menangis apabila teringat dia.
“Sebenarnya, saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaa saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya.
Pada masa sama, Shuib juga berkongsi yang dia masih belum pernah mimpikan arwah isterinya.
“Saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi,” katanya.
Selain itu, pelawak tersebut turut mengakui adalakanya dia akan hilang makan sejak pemergian isterinya.
“Memang saya kurang makan sebab tak lalu. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwah dulu dia suka makan.
“Jadi, saya tak boleh tolak. Makah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar ja. Itu yang badan susut sikit,” katanya. – KopiPlanet.com
The post Genap 100 Hari Pemergian Siti Sarah, Shuib Akui Menangis Setiap Kali Terkenangkan Arwah Isterinya appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: