Ads Top

D’OtaiBoyz Kembali Bersama Selepas 13 Tahun, Kini Muncul Dengan Single Baharu Permata Ku

Band D’OtaiBoyz ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal The OtaiBoyz tetapi dapat bertahan dalam jangka masa yang singkat setahun sahaja.

Pada tahun ini, mereka dapat meneruskan kembali band tersebut sebagai projek band dan nama band bertukar ke D’OtaiBoyz.

Mereka memilih nama berkenaan kerana mahu mengetengahkan lagu-lagu malar segar (Otai) berentak “rock kapak” dan Boyz disebabkan kebetulan nama vocalist kami iaitu Boy Botak. 

Kumpulan dari Singapura yang dibarisi Boy Botak (vocalist utama), Nazry (gitar utama), Dzoul (gitar kedua), Khai (bassist), Lee (drum) dan Man (keyboardist). 

“Ketika tahun 2007, kami tidak keluarkan single dan bergerak secara persembahan membawa lagu-lagu “cover version” pada acara jemputan majlis keramaian.

“Selepas pelbagai masalah yang dilalui dulu, membuatkan kami akhirnya mengambil keputusan untuk membubarkan kumpulan kami ini seterusnya ia terkubur. Namun sekitar tahun lalu, boy botak ada berbincang dengan saya (Man) mengatakan dia nak buat satu projek berkumpulan khas dan ingin kolaborasi dengan saya.

“Boy botak minta pendapat saya berkenaan nama band. Saya pun teringat bahawa dulu saya pernah menggunakan nama The OtaiBoyz dan ia kena dengan nama penyanyi Boy Botak.

Biarpun bertapak di Singapura, salah seorang anggota kami iaitu Dzoul berasal dari Malaysia.

Mengenau lagu terbaru mereka yang bertajuk Permata Ku, ia lebih kepada berentak Balada Rockestra.

Permata Ku mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekelip mata atas sebab-sebab yang tertentu kemungkinan curang atau sakit. – KopiPlanet.com

The post D’OtaiBoyz Kembali Bersama Selepas 13 Tahun, Kini Muncul Dengan Single Baharu Permata Ku appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.