Dato Seri Vida Maklumkan Cik B Disahkan Positif Covid-19… Batuk & Kahak Berdarah, Mata Jadi Merah
Usahawan selebriti, Dato Seri Vida atau DSV memaklumkan bahawa anak sulungnya, Cik B telah disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.
Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh DSV menerusi satu perkongsian video di Instagram miliknya.
“ALLAHUAKBAR @cikb_havoc66 POSITIVE COVID-19. ANAK MAMA YG HEBAT KENA KUAT..BILA MAMA DAPAT TAHU CIK B @cikb_havoc66 Sah positif COVID..LURUH JANTUNG MAMA…
“MUJUR MAMA TAK REBAH..MAMA PANIC….MAMA CUBA COOL KAN DIRI….MAMA PUJUK DIRI.. CIK B HEBAT..CIK B KUAT..CIK B BOLE LAWAN….,” ujarnya.
Menurut DSV menerusi video berkenaan, dia bersama anak-anaknya akan melakukan ujian swab setiap kali pulang dari oustation.
Ujarnya, menerusi ujian swab yang dilakukan baru-baru ini, DSV memaklumkan hanya Cik B yang disahkan positif Covid-19.
“MAMA TIDOR NGAN CIK B..MAMA PELOK..KITA SHARE MINUM AIR..ALHAMDULILLAHH….MAMA -VE.. SEBAB DAH LENGKAP DOSE VAKSIN.. CIK B PULA..BILA NAK JAP 2nd DOSE..DEMAM..
“MAMA INGAT CIK B PENAT..BERCUTI SAKAN…GET WELL SOON ..ANAK MAMA YG HEBAT CIKB SANGAT TENANG BUAT BUAT HAPPY,” jelasnya.
Menceritakan tentang kesan yang dialami Cik B, DSV memberitahu anaknya itu mengalami batuk dan kahak berdarah serta mata menjadi merah. – KopiPlanet.com
The post Dato Seri Vida Maklumkan Cik B Disahkan Positif Covid-19… Batuk & Kahak Berdarah, Mata Jadi Merah appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: