Ads Top

Caprice Kini Bergelar Suami, Identiti Isteri Masih Lagi Menjadi Misteri

Penyanyi rap popular, Caprice dikatakan sudah menamatkan zaman bujang dengan seorang wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya.

Menerusi laporan Kosmo Online, sekeping foto yang dimuat naik dalam Instastory seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu kelihatan menyarung cincin pasangannya, yang sama cantik sama padan mengenakan persalinan persis baju nikah.

Selain itu, posting berkenaaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi yang juga anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz.

Bagaimanapun pembantu peribadi Caprice yang dikenali sebagai Aiman tidak dapat mengesahkan tentang kesahihan berita berkenaan.

“Saya tidak boleh nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang kongsi gambar dia (berkahwin), sarung cincin, maksudnya, memang betullah dia dah kahwin,” katanya.

Aiman bagaimanapun enggan berkongsi nama atau identiti wanita yang dikahwini Caprice itu.

“Apa yang saya tahu Caprice telah berkenalan dengan wanita itu sejak 10 tahun. Saya sendiri tak dimaklumkan tentang pernikahannya kerana sekarang saya berada di Langkawi. Saya dapat tahu dia berkahwin sekitar pukul 5 petang hari ini.

“Dia (isteri Caprice) baik orangnya dan dia berasal dari Kelantan. Apa-apa maklumat lanjut, akan datang dari bibir Caprice sendiri nanti,” katanya.

Sementara itu, meninjau akaun Instagram milik Caprice, penyanyi berkenaan tidak membuat sebarang posting mengenai perkahwinan tersebut. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Kosmo Online

The post Caprice Kini Bergelar Suami, Identiti Isteri Masih Lagi Menjadi Misteri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.