Buku 100 Usahawan Jutawan: Satu Misi Bantu The Nation Dicetak 47,000 Naskhah Sempena Ulang Tahun Kelahiran Azizan Osman Yang Ke-47
Kisah inspirasi, perjalanan 100 usahawan jutawan dibukukan sempena hari jadi ke-47 Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman pada hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd., buku terbaru tersebut dicetak sebanyak 47,000 naskah untuk diberikan secara percuma kepada peserta-peserta Wanita Bangkit Berniaga.
“Buku bertajuk 100 Usahawan Jutawan : Satu Misi Bantu The Nation ini mengandungi pengajaran dan inspirasi daripada orang, bisnes dan hasil sebenar yang dialami mereka.
“Mereka ini berasal daripada pelbagai latar belakang seperti anda, ada suri rumah, pekerja profesional, swasta mahupun kerajaan. Bisnes dijalankan terdiri sekitar 20 industri berbeza seperti pertanian, makanan, fesyen, kecantikan, pembinaan, perkilangan dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Majlis Pelancaran Buku 100 Usahawan Jutawan di sini, hari ini.
Program Wanita Bangkit Berniaga akan diadakan pada 26-28 November anjuran RichWorks dengan kolaborasi strategik Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tambah Radz, terdapat pelbagai tip penting bagaimana mereka ini bukan saja bertahan malah berkembang meskipun ketika pandemik bermula tahun lalu.
“Buku setebal 600 muka surat ini sebenarnya berharga RM47 sempena hari jadi pengasas RichWorks namun peserta-peserta Wanita Bangkit Berniaga hanya perlu bayar kos penghantaran sebanyak RM15 bagi lokasi di Semenanjung dan RM20 (Sabah & Sarawak).
“Bagi mereka tinggal di luar negara, kos penghantaran perlu ditanggung mengikut tempat mereka. Bagaimanapun, para peserta Wanita Bangkit Berniaga tidak perlu membayar sebarang kos bagi mendapatkan e-buku bermula hari ini,” jelasnya.
Radz berkata, peserta Wanita Bangkit Berniaga nanti bukan hanya akan mendengar perkongsian secara langsung lebih 30 usahawan jutawan ini malah berpeluang memulakan bisnes bersama mereka ini dengan modal rendah malah ada juga tanpa modal.
“Perkongsian secara ‘live’ pada hujung bulan ini, ditambah dengan buku 100 Usahawan Jutawan pastinya akan memberikan lebih banyak inspirasi, idea dan memberikan seseorang itu keyakinan untuk melakukan tindakan seterusnya.
“Cara pantas dan berkesan untuk mendapatkan hasil dengan mengikut apa yang orang lain lakukan di samping membuat sebarang penambahbaikan mengikut keadaan semasa,” ujarnya.
Untuk mendaftar ke Wanita Bangkit Berniaga dan mendapatkan buku 100 Usahawan Jutawan ini, layari www.wanitabangkitberniaga.com sekarang.
The post Buku 100 Usahawan Jutawan: Satu Misi Bantu The Nation Dicetak 47,000 Naskhah Sempena Ulang Tahun Kelahiran Azizan Osman Yang Ke-47 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: