Ads Top

Baju Batik Malaysia Dipakai Ismail Sabri Ketika Bertemu Joko Widodo Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia

“Lawa baju batik PM.”

Itu antara komen warganet terhadap penampilan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memakai baju batik ketika membuat lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia bermula semalam.

Ismail Sabri yang menggayakan batik berwarna lembut itu sekaligus memartabatkan batik Malaysia sebagai pakaian rasminya.

Menerusi hantaran gambar dimuat naik di Instagram, kebanyakan komen pengguna laman sosial memuji penampilan dan rekaan batik itu.

“‘Nice outfit’ Datuk Seri,” kata seorang pengguna laman sosial. Cun baju PM,” kata seorang lagi pengikut di Instagram.

“Lawa batik Malaysia,” komen seorang pengguna.

Kunjungan Ismail Sabri ke negara jiran itu adalah lawatan rasminya yang pertama ke Indonesia selepas mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

Ismail Sabri turut diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pegawai-pegawai kerajaan dari kementerian dan agensi berkaitan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) di sini, hari ini, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo.

Lawatan rasmi itu dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan Kerajaan Malaysia dan Indonesia. – KopiPlanet.com

The post Baju Batik Malaysia Dipakai Ismail Sabri Ketika Bertemu Joko Widodo Jadi Tumpuan Rakyat Malaysia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.