Ads Top

“Maaflah Ustaz Kalau Pakaian Caprice Tak Sesuai” – Caprice Akui Disindir Seorang Ustaz Yang Kurang Senang Cara Pemakaiannya

Ketika ini penyanyi Caprice sedang melaksanakan misi kemanusiaanya di Gaza sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada pihak yang ternyata seperti kurang senang, terutama sekali dengan pakaian dan caranya.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Caprice telah memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa.

“Ramai yang DM tentang posting di sosial media tentang seorang yang beragama, dia tak mention nama Caprice, tapi dia macam sindir Caprice.

“Dia persoal macam mana rambut dan pakaian Caprice boleh sampai untuk bantu Palestin. Kepada ustaz Caprice nak beritahu ini bukan kali pertama Caprice buat kerja macam ni,” ujarnya.

Caprice berkata, sebelum ini dia pernah menyertai perarakan di kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah tentang Jerusalem diiktifraf sebagai ibu negeri Israel.

Malah, penyanyi itu juga memaklumkan bahawa dia pernah menghubungi kedutaan negara berkenaan dan mempersoalkan mengenainya.

“Saya minta maaflah ustaz kalau pakaian Caprice kurang sesuai atau tak senonoh bagi ustaz, tetapi apabila ustaz cakap kita patut back up Palestin demi ummah, Caprice tak faham kenapa perlu pertikai.

“Caprice rasa sepatutnya kita umat Islam patut bersatu. Tak kisahlah orang tu rambut macam ni ke, pakai topi ke, janji dia dapat bantu. InsyaAllah.

Tegasnya, sebagai umat Islam tidak seharusnya berpecah-belah dan dia akui berasa sedih dengan apa yang berlaku.

“Musuh kita bukan orang Islam, tetapi yang banyak halang kita dan demotivated kita adalah orang yang kuat agama.

“Tak kisahlah apa bangsa atau agama, kalau betul nak membantu demi ummah lakukan sahaja. Asalkan ada hasrat mahu membantu, Alhamdulillah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Maaflah Ustaz Kalau Pakaian Caprice Tak Sesuai” – Caprice Akui Disindir Seorang Ustaz Yang Kurang Senang Cara Pemakaiannya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.