Ads Top

Artis Terkenal Bergelar Datuk Akan Dipanggil Polis Bagi Bantu Siasatan Dakwaan Langgar SOP

Polis mengesahkan akan memanggil seorang artis terkenal tanah air bergelar Datuk serta beberapa individu lain bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam satu majlis sosial di sebuah ladang di Bidor baru-baru ini.

Menerusi laporan Kosmo Online, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes melibatkan selebriti dan beberapa individu ini dikesan kira-kira pukul 2.00 petang tadi menerusi gambar tular di Facebook.

“Kejadian dipercayai berlaku di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor yang mana kita mendapati tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka,” katanya.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Dipercayai majlis pada 24 Jun lalu di mana siasatan mendapati gambar tersebut diambil oleh individu yang turut serta dalam majlis berkenaan.

Beliau berkata, pada masa sama perjumpaan itu juga dihadiri ahli peniagaan dan beberapa penduduk kampung. Aktiviti seperti jamuan dan karaoke turut diadakan. – KopiPlanet.com

The post Artis Terkenal Bergelar Datuk Akan Dipanggil Polis Bagi Bantu Siasatan Dakwaan Langgar SOP appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.