#IsraelKoyak Kini Jadi Trending, Masyarakat Dunia Termasuk Netizen Malaysia Kecam Tindakan Zionis Israel
Ketika ini, rakyat negara Palestin berhadapan dengan cabaran setelah mendapat serangan bertubi-tubi oleh tentera zionis Israel.
Rata-rata masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia mengecam serangan serta penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Ketika ini juga platform media sosial turut dipenuhi dengan pelbagai sokongan dan solidariti yang diberikan oleh netizen.
Menariknya, netizen Malaysia yang cukup terkenal turut menyerang beberapa posting yang dibuat rakyat Israel sendiri serta membuat troll sehingga membangkitkan kemarahan tentera Zionis yang dikenali Israel Defense Force (IDF).
“Malaysian Troll Is Bullshit,” tulis satu Twit yang dikatakan dimuatnaik oleh IDF.
Selain itu, apa yang lebih menarik perhatian, #IsraelKoyak juga turut menjadi trending di Twitter ketika ini.
Ia berikutan kebayakan netizen Malaysia yang menggunakan hashtag tersebut apabila membalas tweet yang dimuatnaik oleh rakyat Israel. – KopiPlanet.com
The post #IsraelKoyak Kini Jadi Trending, Masyarakat Dunia Termasuk Netizen Malaysia Kecam Tindakan Zionis Israel appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: