Ads Top

Intan Liana Dedahkan Dirinya Tidak Bersedia Untuk Bermaafan Bersama Izreen Azminda

Baru-baru ini kemunculan Intan Liana Saleh dan pelakon Izreen Azminda dalam rancangan Melodi Raya 2021 telah menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun, timbul persoalan apabila Intan memuat naik satu posting seperti seakan-akan belum memaafkan Izreen, manakala pelakon itu pula telah memadam gambar pertemuan mereka.

Dalam satu kenyataan, Intan mendedahkan bahawa dia menerima jemputan untuk hadir ke rancangan Melodi Raya 2021 atas dasar profesionalisme.

“Intan ada dimaklumkan akan tajuk segmen yang diangkat oleh Melodi Raya iaitu ‘Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih’ akan tetapi Intan tidak dimaklumkan untuk ditemubual bersama-sama Izreen pada hari tersebut. 

“Intan cuma dimaklumkan bahawasanya Izreen akan ada bersama di set Melodi Raya dan Intan diletakkan pada meja yang sama tetapi bukan bersebelahan. Intan bersetuju untuk keadaan itu, kerana setakat itu sahaja maka tiada masalah pada Intan,” jelasnya.

Intan berkata, sebelum memberikan persetujuan, dia ada bertanya sekiranya ada sesi bermaafan-maafan dengan Izreen.

Ujarnya, hal yang demikian kerana dia belum bersedia untuk itu dan dia diberitahu tidak akan ada sesi tersebut.

“Intan ada bertanyakan pada pihak Melodi adakah akan berlaku sesi bermaafan kerana seandainya ada maka Intan belum bersedia untuk itu dan Intan diberitahu tidak akan ada sesi tersebut serta sekadar datang sebagai jemputan.

“Sebagai orang biasa yang bukan berada dalam dunia hiburan, pemahaman Intan adalah sekadar jemputan dan bukan untuk ditemubual,” ujarnya.

Bagaimanapun, Intan berkata keadaan berubah

apabila tiba di set rakaman dan dia dimaklumkan kerana perlu mematuhi SOP, maka set berubah dan dia diminta untuk ditemubual bersama-sama Izreen bagi segmen tersebut. 

Jelasnya, atas dasar profesionalisme dan bagi tidak mengganggu program rakaman yang sedang berjalan, dia menerima aturan sesi temu bual tersebut dalam keadaan tidak bersedia.

“Jadi apa yang terlihat dalam sesi temu bual tersebut adalah secara spontan bagi menjawab soalan yang diajukan.

“Buat masa sekarang biarlah keadaan berjalan seperti sediakala yang mana masing-masing dengan kehidupan masing-masing.

Itu lebih baik untuk kedua-dua belah pihak,” luahnya.

Menurutnya lagi, hal berkenaan tidak perlu disensasikan mahupun dijadikan ruangan hiburan media kerana ia melibatkan hati dan perasaan dan dia bukanlah selebriti untuk dijadikan bahan topik serta berharap biarlah masa yang memulihkan segalanya.

“Tak perlu lagi mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapapun dengan merujuk hal ini di masa hadapan. 

“Intan harap dengan penjelasan ini akan merungkai persoalan yang berkaitan isu tersebut,” jelasnya. – KopiPlanet.com 

The post Intan Liana Dedahkan Dirinya Tidak Bersedia Untuk Bermaafan Bersama Izreen Azminda appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.