Eina Azman Didakwa Potong Barisan Dapat Suntikan Vaksin, Pengarah Hospital Berikan Penjelasan
Baru-baru ini, pelakon Eina Azman dan suaminya terpalit dengan isu apabila dikatakan memotong barisan untuk mendapatkan suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
Bagaimanapun, Pengarah Hospital berkenaan, Dr. Abdul Malek Osman telah tampil untuk menjelaskan perkara sebenar menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.
“Berdasarkan semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.
“Tiada isu ‘potong barisan’ dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi,” jelasnya.
Menurut beliau, Eina dan suaminya itu telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV, Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mei lalu.
Sebelum ini, Eina telah memadamkan posting di Instagram yang menunjukkan dia sudah mendapat suntikan vaksin.
Namun begitu, tindakannya memadamkan posting berkenaan telah menimbulkan persoalan sehingga dia dikatakan telah memotong barisan. – KopiPlanet.com
The post Eina Azman Didakwa Potong Barisan Dapat Suntikan Vaksin, Pengarah Hospital Berikan Penjelasan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: