Ads Top

(Video)”Tayar Boleh Pecah Tiba-Tiba,” Mekanik Kongsi Cara Tengok Tayar ‘Expired’ Dan Kesannya

Tayar merupakan salah satu komponen terpenting bagi sesebuah kereta. Tanpa tayar, kereta sport berenjin turbo pun tak mampu bergerak ke mana-mana.

Jadi, mahu tak mahu, kita perlu memberi perhatian terhadap keadaan tayar yang kita gunakan. Dah botak ke belum? Ada merekah atau gelembung tak? Jangan sampai tayar ‘mengandung’ dan kereta bergegar pun, kita teruskan juga perjalanan seolah tiada apa. Bahaya.

Bila dah sampai masa, tukarlah dengan tayar yang baru. Namun jangan tertipu, pastikan tayar yang anda beli adalah tayar baru, bukan tayar lama yang telah luput.

Macam mana nak tahu? Perhatikan tarikh ia dikilangkan melalui kod nombor pada sisi tayar. Dua nombor di hadapan adalah minggu ia dibuat, dua angka di belakang adalah tahun ia dibuat. Jika kod yang tertulis adalah 2320, ini bermakna tayar itu dibuat pada minggu ke-23 atau bulan Mei tahun 2020.

Anda juga boleh menonton video di bawah untuk gambaran lanjut:

@abangcomot

Reply to @putratokhamid betul tue 😁#tanyaabgcomot #abgcomot #sekupang

♬ Nhún Vai Challenge – ✨ⲘⲒR ⲆⲞRⲀⲘ✨

Sumber: Abang Comot,

The post (Video)”Tayar Boleh Pecah Tiba-Tiba,” Mekanik Kongsi Cara Tengok Tayar ‘Expired’ Dan Kesannya appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.