(Video) Mulanya Pinang Si Ibu Tetapi Ditolak, Warga Emas Ini Nikahi Si Anaknya Pula
Sejak semalam, tular beberapa keping foto pernikahan seorang warga emas dengan seorang gadis yang mencuri perhatian netizen.
Melalui laporan Kompas.com, gambar pernikahan yang tular itu merupakan gambar pasangan warga emas, Bora, berusia 58 tahun dengan isterinya, Ira Fazilah yang berusia 19 tahun, di Sulawesi.
Tetapi yang uniknya adalah kisah disebalik pernikahan tersebut. Warga emas itu pada mulanya dikatakan melamar ibu si gadis berkenaan untuk dijadikan isteri, namun lamaran tersebut ditolak.
Si ibu sebaliknya menawarkan anak gadisnya untuk dijadikan isteri kepada lelaki berkenaan.
Majlis pernikahan tersebut dikatakan berjalan lancar dan kedua-dua mempelai selamat diijabkabulkan pada 7 April dengan mahar Rp 1 juta (RM 283) serta tanah seluar 1 hektar.
Bora sebelum ini tidak pernah bernikah dan menghabiskan usia bujangnya dengan merantau untuk mencari rezeki. Manakala Ira Fazilah adalah anak yatim dan anak sulung daripada tiga beradik dalam keluarganya.
Kehidupannya dihimpit kesusahan memandangkan kedua-dua ibubapanya sudah bercerai dan dibesarkan oleh ibu yang hanya bekerja sebagai seorang petani.
Kompas.com dimaklumkan bahawa pernikahan tersebut adalah atas dasar suka sama suka memandangkan hubungan akrab yang dimiliki oleh keluarga berkenaan dengan Bora.
Sumber: Kompas.com
The post (Video) Mulanya Pinang Si Ibu Tetapi Ditolak, Warga Emas Ini Nikahi Si Anaknya Pula appeared first on Siakap Keli.
No comments: