Ads Top

Uyaina Arshad Alami Mental Breakdown, Terjaga Pukul 3-4 Pagi Hingga Berpeluh & Sukar Tidur

Pengacara dan pelakon popular, Uyaina Arshad mendedahkan dia telah mengalami mental breakdown yang teruk beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, akibatnya dia turut berasa pelbagai perkara yang negatif dalam dirinya.

“Tiba-tiba rasa sedih, takut, penat, risau tapi tak tahu apa yang dirisaukan, stress sampai migraine. And paling teruk bila terjaga pukul 3-4 pagi, berpeluh-peluh lepas tu tak boleh tidur sedangkan badan rasa sangat-sangat penat. Rasa worthless. 

“Pastu Yana tanya dekat igs. Apa yang korang selalu buat kalau rasa down. Thank you kepada yang respond and share dengan Yana. I really appreciate it. Rupanya ramai yang rasa macam tu. In fact, ada yang pernah rasa lagi teruk dari tu,” tulisnya.

Bagaimanapun, Uyaina memberitahu bahawa keadaannya kini sudah berasa semakin baik.

Malah, dia juga berpesan supaya berkongsi sahaja kepada sesiapa yang dipercayai sekiranya mahu meluahkan sesuatu.

“Jangan suppress atau pendam sorang2. Luahkan dekat orang yang kita percaya. FEEL the feelings and ALLOW the feelings to pass. It’s just a bad phase, not a bad life. Paling penting, kita kena TERIMA diri kita & SAYANGI diri kita sendiri. 

“Minda kita memainkan peranan yang sangat penting. Kalau kita fikir negatif, trust me negatif lah hidup kita. I’m trying to self-reflect and look at what Allah has bestowed upon me. Banyak sangat nikmat Allah bagi yang patut disyukuri. Alhamdullilahhh,” jelasnya.

Ujarnya, dia juga berharap agar rasa negatif tersebut akan berlalu pergi dan digantikan dengan kegembiraan yang berpanjangan. – KopiPlanet.com

The post Uyaina Arshad Alami Mental Breakdown, Terjaga Pukul 3-4 Pagi Hingga Berpeluh & Sukar Tidur appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.