(Video) Berhenti Jadi Guru, Lelaki Kelilingi Indonesia Jadi ‘Tukang Cerita’ Ajak Orang Jaga Alam Sekitar
Demi melihat alam sekitar kekal terpelihara untuk generasi yang mendatang, seorang guru sanggup berhenti kerja dan menjelajah di seluruh Indonesia serta menjadi ‘tukang cerita’.
Guru yang dikenali sebagai Samsudin itu sememangnya sudah sekian lama menjadi aktivis alam sekitar.
Menurut BBC News Indonesia, dia mengelilingi Indonesia untuk menyematkan pesanan dan nasihat kepada anak-anak kecil untuk menghargai alam sekeliling.
“Saya ingin anak-anak jadi pahlawan untuk masyarakat sekeliling,” katanya.
Dalam tempoh pandemik ini, Samsudin kembali ke kampung halamannya di Indramayu, tetapi ia tidak pernah lelah untuk meneruskan misinya dengan ‘Dongeng Keliling’.
Lebih menarik, anak-anak kecil di kampungnya bukan sahaja dapat mengetahui mengenai alam sekitar menerusi cerita tetapi dia juga mengajak mereka untuk menanam pokok bakau yang semakin berkurang.
Menurut data Badan Pusat Statistik, sekitar 90% hakisan di pantai iaitu sepanjang 144km berada dalam keadaan kritikal.
Pun begitu, menanam kembali pokok bakau saja tidak cukup kerana keadaan pesisir pantai di Indramayu sudah berubah.
“Bakau ditanam di pesisir yang ada pasang surutnya, tetapi saat ini kebanyakan pesisir berterusan memperlihatkan air pasang,” kata aktivis pokok bakau, Cukup Rudiyanto.
Tambahnya, daratan berterusan terkenaa hakisan dan mereka memerlukan penyelesaian untuk mengatasi hakisan itu.
Sumber: BBC News Indonesia
The post (Video) Berhenti Jadi Guru, Lelaki Kelilingi Indonesia Jadi ‘Tukang Cerita’ Ajak Orang Jaga Alam Sekitar appeared first on Siakap Keli.
No comments: