Tular Rakaman Dipercayai Terlena Dalam Majlis, YB Timb. Menteri Dilapor Kurang Sihat Tetapi Tetap Hadir Bagi Memenuhi Jemputan
Baru-baru ini, tular satu video yang agak ‘mengejutkan’ yang memperlihatkan seorang individu dipercayai Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Eddin Syazlee Shith dilapor ‘terlelap’ dalam sebuah majlis.
Melalu rakaman tersebut, kedengaran namanya dijemput oleh pengerusi majlis tersebut, namun tiada maklum balas diberikan.
Bertindak pantas bagi ‘menjernihkan’ keadaan, beberapa orang petugas dilihat cuba mengejutkannya. Apa yang terjadi memang tidak dijangka, mungkin ada masalah tertentu yang berlaku.
Rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat itu tular di media sosial dan menerima pelbagai maklum balas netizen. Rata-rata mereka pun ‘terkejut’ dengan situasi itu.
Bagaimanapun menerusi satu ciapan ringkas di twitter rasmi Eddin Syazlee, beliau menyatakan bahawa punca beliau tidak sedar dipanggil ketika itu adalah kerana faktor kesihatan.
Dato Eddin kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan beliau gagahkan diri untuk hadir.Alhamdulilah pada majlis ini Dato’ telah meluluskan pemasangan penghawa dingin untuk Dewan Sekolah dan juga menyumbang sedikit dana untuk membantu pihak sekolah memperoleh bas
— Eddin Syazlee (@eddin_syazlee) April 11, 2021
Tidak dapat dipastikan tweet berkenaan dimuat naik oleh YB Timb. Menteri sendiri atau pembantunya.
Sumber: Twitter
The post Tular Rakaman Dipercayai Terlena Dalam Majlis, YB Timb. Menteri Dilapor Kurang Sihat Tetapi Tetap Hadir Bagi Memenuhi Jemputan appeared first on Siakap Keli.
No comments: