Ads Top

Tidak Lagi Berhubung Sejak Hilangkan Diri, Aliff Syukri Doa Agar Sajat Jadi Lebih Baik & Kekal Beragama Islam

Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan dia sudah lama tidak berhubung dengan Sajat sejak sahabatnya itu menjadi buruan pihak berkuasa.

Aliff berkata, dia sendiri tidak tahu di mana Sajat berada dan sentiasa mendoakan sahabatnya itu.

“Semua orang melakukan kesalahan dan untuk sahabat saya Sajat, saya tak nak ulas banyak. Bagi saya apa yang dia buat itu adalah tindakan dia dan saya yakin dia lebih matang.

“Saya doakan dia kekal menjadi seorang yang beragama Islam lakukan yang terbaik. Saya yakin dia seorang yang baik,” ujarnya.

Aliff berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelantikannya sebagai duta produk urutan kesihatan Gintell baru-baru ini.

Jelasnya lagi, selain sudah lama tidak berhubung, dia juga mengakui agak terkejut dengan apa yang berlaku.

Ujar Aliff, dia juga memohon supaya Sajat diberi ruang dan dia sendiri tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Kita sebagai manusia jangan cuba judge dia sebab kita sendiri pun ada keburukan. Saya tak menangkan sesiapa dan memang banyak soalan itu ditanyakan kepada saya. Saya pun tak tahu di mana dia berada.

“Jadi, saya memohon supaya kita beri ruang kepada dia. Kita jangan kutuk dia sebab kita tak tahu apa yang dia alami. Yang buruk biar dia dengan Tuhan,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai pemilihannya sebagai duta Gintell, Aliff menyatakan dia sangat berbesar hati dengan pelantikkan tersebut.

Ujarnya, ia bermula apabila dia sering membuat live di Instagram ketika menggunakan produk berkenaan.

“Saya memang dah lama menggunakan produk urutan jenama Gintell ini dan setelah beberapa kali membuat live, saya telah dihubungi oleh pihak mereka sendiri dan menawarkan saya menjadi duta produk.

“Sudah tentu ini menjadi satu kebanggaan buat diri saya kerana Gintell adalah sebuah produk tempatan yang sudah dipasarkan di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Pada masa sama, Gintell turut melancarkan kerusi urut versi baharu iaitu ‘S7’, kerusi urut yang terbaru dapat menampilkan prestasi yang setarat dengan kereta ‘SUPER CAR’.

Dengan itu, Gintell telah memperkenalkan slogan ‘Brilliance of Wellness’, iaitu ‘Kecemerlangan dalam Kesejahteraan’ bersama teknologi AI yang berinovasi untuk mencipta pengalaman urut yang selesa dan luar biasa. – KopiPlanet.com

The post Tidak Lagi Berhubung Sejak Hilangkan Diri, Aliff Syukri Doa Agar Sajat Jadi Lebih Baik & Kekal Beragama Islam appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.