Ads Top

Viral Bergambar Dengan Gadis Seksi Ketika Majlis Berbuka Puasa, PU Amin Tampil Berikan Penjelasan

Gara-gara viral gambar dirinya bergambar dengan dua gadis seksi ketika majlis berbuka puasa, PU Amin lantas dikecam segelintir netizen.

Sehubungan itu, PU Amin lantas memberikan kenyataan berhubung perkara tersebut.

Ujarnya, perkara tersebut terjadi ketika hadir di sebuah acara tertutup dan dia dijemput membaca doa buka puasa dan memberikaz tazkirah sebelum waktu berbuka.

“Saya hadir dengan niat menyampaikan dakwah dan menyempurnakan tugas saya secara face to face lalu membaca doa agar Allah menerima segala amal kebaikan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.

“Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan. Saya tahu keson fitnahnya besar. Tapi kalau bukan waktu itu, bila lagi nak tazkirah secara berhadapan dengan golongan yang saya lawan sebelum ini,” jelasnya.

PU Amin berkata, selepas berbuka dia terus melaksanakan solat maghrib dan kemudian bergegas pulang kerana mempunyai tugas di masjid berdekatan.

Ujarnya, ketika itu juga pihak penganjur memintanya untuk bergambar dan dia bersetuju kerana mahu segera untuk pulang.

“Akhirnya penganjur viralkan gambar tersebut. Tak tahu tujuan apa. Akhirnya teruk saya dihentam, difitnah dan dicaci maki hari ini.

“Ramadan baru fasa pertama, namun ujian berat bagi saya. Terima kasih kepada yang menghina dan memanjangkan fitnah,” luahnya.

Ujarnya, dia juga memohon maaf jika perbuatannya mengambil gambar itu suatu perkara yang memalukan dan mengaibkan. – KopiPlanet.com

The post Viral Bergambar Dengan Gadis Seksi Ketika Majlis Berbuka Puasa, PU Amin Tampil Berikan Penjelasan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.