Tidak Alami Sebarang Masalah Kesihatan, Ameng Amalkan Puasa Isnin & Khamis Serta Elak Minuman Bergula
Penyanyi popular yang juga vokalis kumpulan Spring, Ameng memberitahu dia mengamalkan puasa Isnin dan khamis sejak 11 tahun yang lalu.
Ameng berkata, amalan berpuasa berkenaan dilakukannya apabila dia mula melakukan diet.
“Sehingga sekarang saya masih lagi amalkan puasa Isnin dan Khamis. Apa yang saya tahu, amalan ini memang menjamin kesihatan yang baik.
“Apabila saya buat pemeriksaan doktor, setakat ini saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang teruk,” ujarnya.
Jelas Ameng, berpuasa Isnin dan Khamis juga merupakan sunnah Rasulullah dan ia sememangnya memberikan manfaat buat mereka yang mengamalkannya.
Selain itu, penyanyi berkenaan juga menyatakan dia langsung tidak mengambil minuman yang bergula.
Ujarnya, amalan ini juga sudah mula dilakukan sejak 10 tahun yang lalu sejak berkawan dengan seorang doktor.
“Kawan saya itu beritahu, ibu kepada segala punca penyakit ini adalah bermula dari gula. Biarpun gula ini manis, tetapi kalau diambil secara berlebihan ia juga boleh jadi racun.
“Kalau saya minum teh o atau kopi o memang tak ada gula. Misalnya kalau pesan minuman di kedai, jika mereka hantar minuman yang ada gula saya akan suruh tukar,” ujarnya.
Menurut Ameng, perasaan teringin untuk minum minuman bergula itu memang ada, tetapi apa yang lebih penting adalah disiplin.
“Kini, isteri saya pun sudah tidak ambil minuman bergula sejak tiga tahun lalu,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Tidak Alami Sebarang Masalah Kesihatan, Ameng Amalkan Puasa Isnin & Khamis Serta Elak Minuman Bergula appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: